Informasi Permainan Video Terkini
Call Of Duty: WWII Mencapai Hasil Jualan Melebihi $1 Billion Seluruh Dunia

Call Of Duty: WWII Mencapai Hasil Jualan Melebihi $1 Billion Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Activision hari ini mengumumkan bahawa mereka mencapai hasil jualan buat permainan Call of Duty: WWII melebihi $1 Billion seluruh dunia. Tambahan juga, kedua-dua permainan keluaran Activision, Call Of Duty: WWII dan Destiny 2 merupakan permainan yang mendapat hasil jualan tertinggi di negara Amerika Syarikat.

Menurut Activision juga, ini merupakan tahun ke-9 siri permainan Call of Duty mencapai permainan hasil jualan terbaik secara berturut bermula dengan daripada Call of Duty: Modern Warfare 2 yang dilancarkan pada 2009 lepas.

Pada 2017 juga, Activision juga melancarkan permainan pernambah-baikkan Crash Bandicoot N.Sane Trilogy yang mana ia merupakan permainan koleksi pernambah-baikkan terbaik yang terjual di konsol Playstation 4.

Namun, Activision tidak berkongsi jumlah unit salinan yang terjual bagi kedua-dua permainan tersebut. Namun ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi Activision dengan memegang tahkta hasil jualan permainan terbaik untuk tahun 2017 ini.

Call Of Duty: WWII merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era perang dunia kedua. Ia mendapat sambutan yang baik selepas ia dilancarkan pada November yang lepas. Kami di Aksiz juga telah membuat ulasan bagi permainan tersebut dan bagi kami, ia adalah permainan yang sangat seronok dimain dengan mod multi-pemain yang sanga memuaskan.