Permainan PUBG Diberikan Percuma Dengan Setiap Pembelian Xbox One X

Xbox One X ialah konsol yang paling berkuasa pernah dihasilkan dengan sokongan grafik 4K pada resolusi natif. Sejak dilancarkan beberapa bulan yang lalu, ia jelas lebih berkuasa berbanding pesaing terdekatnya PlayStation 4 Pro. Microsoft kini cuba meningkatkan jualan konsol mereka ini dengan menawarkan permainan Playerunknown’s Battlegrounds secara percuma dengan setiap pembelian.

Promosi sempena musim perayaan hujung tahun ini akan berlangsung sejak semalam hingga 31 Disember, Xbox One ialah konsol yang menerima PUBG secara eksklusif. Program Xbox Game Preview membenarkan pemain membeli PUBG walaupun ia masih belum dilancarkan sepenuhnya. Setakat ini PUBG pada konsol masih mengecewakan kerana masalah prestasi dan grafik yang lebih rendah berbanding versi PC.

Sohor Kini