Informasi Permainan Video Terkini
Prestasi Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Di Xbox One Sangat Teruk – Kadar Frame Rate Serendah 12FPS

Prestasi Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Di Xbox One Sangat Teruk – Kadar Frame Rate Serendah 12FPS

Diterbitkan pada Dis 13, 2017 oleh .

Semalam, permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds dilancarkan secara rasmi di Xbox One sebagai permainan Xbox Game Preview, seperti akses awal yang terdapat di Steam. Namun melalui ujian Digital Foundry, permainan tersebut dimainkan dengan prestasi yang sangat teruk dengan frame rate serendah 12FPS.

Digital Foundry mencuba permainan tersebut di kedua-dua konsol Xbox One dan juga Xbox One X. Benda pertama yang dapat dikenalkan pasti adalah kualiti tekstur bagi Xbox One X adalah lagi bagus berbanding Xbox One asal, namun dari segi kadar frame rate permainan tersebut, ia tidaklah dimainkan dengan baik.

Ketika permulaan permainan tersebut sehinggalah pendaratan pemain, PUBG di konsol Xbox One dimainkan dengan kadar frame rate serendah 12FPS, sekaligus menghasilkan kualiti bentuk permainan yang sangat kasar. Manakala di Xbox One X, permainan tersebut dimainkan dengan lebih bagus, namun kadar frame rate untuk Xbox One X juga rendah sehingga 15FPS.

Walaubagaimana pun, prestasi permainan PUBG tersebut mencapai 30FPS bagi waktu permainan biasa bagi kedua-dua konsol. Tetapi ia tidak berterusan sepanjang sesi permainan. Dari semasa ke semasa, prestasi permainan tersebut sangatlah tidak seimbang dengan kadar frame rate yang turun dan naik secara rawak.

Permainan PUBG sememangnya bukanlah permainan yang dioptimunkan dengan baik walaupun di PC. Namun dengan pelancarannya di konsol, permainan ini masih lagi menghadapi masalah dari segi prestasi permainan. Namun kami di Aksiz pasti PUBG Corp dan Bluehole Studio akan mengemaskini permainan tersebut pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN