Take-Two Interactive, iaitu pengeluar permainan video yang merupakan pemilik bagi syarikat pembangun permainan video terkenal seperti Rockstar Games dan 2k Games kini menubuhkan sebuah lagi syarikat pengeluar permainan video di New York, Amerika Syarikat yang memfokuskan pengeluaran permainan video Indie.

Dinamakan Private Division, syarikat tersebut akan memfokuskan permainan video Indie yang mempunyai peluang kejayaan secara komersial. Private Division juga mengumumkan sebilangan syarikat permainang video dan permainan video yang mana mereka akan mengeluarkan antaranya :

  • Ancestors: The Humandkind Odyssey oleh Pancache Digital Games
  • Project Wight oleh The Outsiders
  • Permainan oleh Obsidian Entertaiment
  • Permainan oleh V1 Interactive
  • Kerbal Space Program

Mengumuman ini sememangnya satu kejayaan besar bagi Take-Two Interactive, tambahan dengan keuntungan yang mereka peroleh daripada permainan Grand Theft Auto V, Private Division bakal membantu sebilangan syarikat permainan video yang lain untuk mengeluarkan permainan video secara global sekaligus mengembangkan lagi industri permainan video.

Sohor Kini