Skip to main content

Minggu ini, Take-Two mengumumkan bersempena laporan pendapatan syarikat tersebut bahawa permainan Grand Theft Auto V telah terjual sebanyak 85 juta salinan sejak pelancarannya pada September 2013 lepas.

Take-Two juga menyatakan permainan GTAV tersebut merupakan permainan terlaris di Amerika Syarikat berdasarkan nilai pendapatan dan juga salinan yang terjual termasuk dalam versi digital dan juga fizikal. Walaupun Take-Two tidak berkongsi keuntungan mereka secara terperinci, mereka menyatakan permainan tersebut memberi keuntungan besar bagi syarikat tersebut terutamanya bagi mod multi-pemain GTA Online yang dilancarkan bersama GTAV tersebut.

Grand Theft Auto V merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Rockstar. Ia dilancarkan pada September 2013 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360 dan pada November 2014 ia dilancarkan semula di Playstation 4 dan Xbox One. Permainan tiba di platform PC pada April 2015 dan ia GTAV juga disertakan bersama GTA Online iaitu mod multi-pemain secara atas-talian yang sering mendapat pelbagai kemaskini dan sokongan Rockstar sehingga ke hari ini.

Leave a Reply