Ubisoft mengumumkan penangguhan permainan Far Cry 5 dan The Crew 2 minggu lalu. Far Cry 5 ditangguhkan ke bulan 27 Mac, sebulan lebih lewat dari tarikh pelancaran asal 27 Februari. The Crew 2 pula ditangguh ke tarikh yang belum ditentukan dari tarikh asal 16 Mac 2018. Persoalannya ialah mengapa Ubisoft mengambil langkah drastik ini?

Jawapannya terletak pada kejayaan yang sedang dinikmati oleh Assassin’s Creed Origins. Sambutan terhadap Origins dari peminat adalah amat positif. Para pengkritik pula memuji perubahan besar yang dilakukan kepada struktur misi dan corak perlawanan. Langkah Ubisoft menangguh pelancaran Origins selama setahun ini memberikan pembangun ruang bernafas untuk mencuba sesuatu yang baru berbanding permainan-permainan lain di siri ini.

Pepijat memusnahkan Unity manakala misi bosan membunuh Syndicate. Kami secara peribadi masih lagi memainkan Origins walaupun sudah menghabiskan lebih 90 jam di Mesir purba.

Sohor Kini