Dua permainan yang dinantikan oleh peminat oleh Ubisoft iaitu Far Cry 5 dan The Crew 2 kini diumumkan bahawa permainan tersebut akan ditangguhkan.
Far Cry 5 kini akan dilancarkan pada 27 Mac 2018, berbanding sebelum ia dirancang untuk dilancarkan pada 27 Februari 2018. Manakala permainan The Crew 2 pula akan dilancarkan pada fiskal tahun seterusnya iaitu sebelum 30 September 2018 yang mana sebelum ini ia dirancang untuk dilancarkan pada 16 Mac 2018.
Kedua-dua permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan di konsol Playstation 4, XBox One dan PC. Menurut Ubisoft, pembangun permainan tersebut ingin mengambil masa untuk membuat pernaik-taraf bagi permainan tersebut dimana mereka ingin mencapai jangkaan pemain dan peminat.