Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman The Game Awards 2017 yang dilaporkan bulan lepas, acara anugerah permainan video tersebut akhirnya bakal bermula pada 8 Disember ini jam 9:30 pagi. The Game Awards merupakan acara tahunan anugerah permainan video terbaik yang dihoskan oleh Geoff Keighley yang bermula pada 2015 yang lepas.

Terdapat 29 kategori anugerah yang bakal di umumkan dan anda juga berpeluang untuk memberi undian anda di laman rasmi The Game Awards. Bermula daripada permainan terbaik bagi tahun 2017, sehinggalah permainan terbaik indie, anda boleh membuat undian dengan mendaftar dengan Facebook akaun anda di laman rasmi The Game Awards. Hari ini merupakan hari terakhir yang anda boleh membuat undian sebelum ia ditutup esok.

Bagi anda yang ingin menonton acara tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman rasmi Youtube The Game Awards ataupun melayari laman rasmi The Game Awards pada 8 Disember ini jam 9:30 pagi.

Menurut Geoff Keighley, acara tersebut akan memaparkan sebilangan pengumuman penting permainan video dan juga bentuk permainan bagi peta kawasan padang pasir bagi permainan PUBG.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksi acara anugerah permainan video terbaik The Game Awards 2017 pada 8 Disember ini dan mengundi permainan video terbaik pilihan anda.

Leave a Reply