Skip to main content

Beberapa minggu lepas, Geoff Keighley berkongsi berkenaan pengumuman peta terbaru buat permainan PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds) yang mana ia akan diumumkan dan pertayangkan bentuk permainan buat pertama kalinya. Kini Bluehole Studio akhirnya mengumumkan peta kawasan terbaru tersebut yang bertemakan padang pasir, dipanggil Miramar.

Selain dari persekitaran padang pasir, Miramar mempunyai lapan kawasan bandar yang berlainan. Setiap bangunan dan pembinaan tersebut akan mengubah bentuk strategi permainan. Menurut pembangun permainan PUBG, mereka menyatakan bahawa peta kawasan yang baru ini akan mengubah pengalaman Battle Royale buat pemain yang mana strategi yang lama oleh pemain tidak lagi boleh digunakan di kawasan ini.

Peta kawasan Miramar akan dilancarkan sebagai tempoh percubaan sebelum permainan PUBG memasuki versi 1.0 penghujung bulan ini. Sempena pengumuman ini juga, Bluehole Studio akan mempamerkan tayangan bentuk permainan peta kawasan tersebut secara rasmi ketika The Game Awards esok.

Leave a Reply