Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer Adult Gohan Buat Permainan Dragonball FighterZ
PC

Jom Tonton : Trailer Adult Gohan Buat Permainan Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Dengan ketibaan Dragonball FighterZ tidak lama lagi, Bandai Namco tampaknya tidak berhenti mempertontonkan pelbagai trailer bagi permainan tersebut. Kini, Bandai Namco berkongsi trailer terbaru bagi watak Adult Gohan yang mana ia memaparkan bentuk permainan watak tersebut bersama serangan-serangannya.

Adult Gohan asalnya diumumkan pada bulan lepas bersama Gotenks dan Kid Buu pada bulan lepas. Adult Gohan merupakan watak Gohan yang dewasa yang mana pada masa yang sama, Bandai Namco juga menyertakan watak Gohan versi remaja bersama sekaligus Gohan merupakan watak yang disertakan dengan dua variasi.

Adult Gohan juga ditampilkan dengan kostum seperti Goku serta serangan ikonik kamehameha, yang mana ia merupakan era selepas beliau menjadi Great Saiyaman di dalam Majin Buu Saga di dalam siri anime Dragonball Z.

Dragonball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.