Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Terbaru Dragon Ball FighterZ Memperlihatkan Watak Kid Buu

Video Acah Terbaru Dragon Ball FighterZ Memperlihatkan Watak Kid Buu

Diterbitkan pada Dis 2, 2017 oleh .

Bandai Namco sememangnya bijak dalam pemasaran permainan akan datang Dragon Ball FighterZ. Mereka sebelum ini telah memperkenalkan satu demi satu watak, termasuk Kid Buu. Kini, Bandai Namco turut mempertontonkan sebuah video khusus yang memperlihatkan aksi watak Kid Buu ketika berlawan.

Seperti pada watak animasi asal, ia dibawa sepenuhnya ke permainan Dragon Ball terbaru ini. Kid Buu menyerang dengan kuat, dan pada masa yang sama watak berkenaan turut mengekalkan sisi pemalas dan brutal olehnya.

Permainan Dragon Ball FighterZ ini akan dilancarkan pada 26 Januari 2018 kelak – dan mungkin lebih banyak video acah akan datang selepas ini untuk permainan berkenaan.