Skip to main content

Bandai Namco minggu ini mengumumkan tiga lagi watak terbaru buat permainan Dragonball FighterZ iaitu Gotenks, Adult Gohan dan Kid Buu. Disamping itu, Bandai Namco juga mengumumkan bentuk permainan Arcade Mode buat permainan tersebut dimana ia akan disertakan bersama permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak 26 Januari 2018 ini.

Gotenks adalah watak percamtuman antara Goten dan Trunks dimana mereka akan tiba di permainan ini dengan pelbagai serangan kombinasi berdasarkan siri anime permainan tersebut seperti serangan Super Ghost Kamikaze Attack ikonik di dalam anime Dragonball Z. Adult Gohan pula merupakan watak yang berdasarkan siri anime dimana beliau merupakan watak pertama yang mempunyai dua variasi di dalam permainan tersebut. Kid Buu pula merupakan antara musuh Goku yang sangat kuat berdasarkan anime Dragonball Z dimana segala serangan kombinasi ikonik beliau juga akan tiba di permainan tersebut.

Tambahan juga, Bandai Namco juga mengumumkan bentuk permainan Arcade Mode dimana pemain berupaya untuk bertempur dan maju di dalam permainan tersebut dengan tiga tahap kesukaran yang pemain boleh mencabar diri untuk bertempur. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai warna kostum berlainan dengan mengumpul poin Zeni dimana pemain boleh menggunakan poin tersebut untuk mendapatkan pelbagai barangan di dalam permainan tersebut.

Dragonball FighterZ bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply