Skip to main content

Dragonball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dirancangkan untuk dilancarkan pada Februari 2018. Kini Bandai Namco sempat berkongsi trailer terbaru buat watak Gohan dimana ia memfokuskan serangan kombinasi beliau bersama teknik Father-Son Kamehameha yang terkenal dari siri anime Dragonball tersebut.

Pada Tokyo Game Show yang lepas, Bandai Namco juga sempat berkongsi berkenaan informasi tambahan penceritaan permainan tersebut bersama dua watak terbaru iaitu Tien Shinhan dan Yamcha.

Dragonball FighterZ bakal dilancarkan pada Februari 2018 buat Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply