Bagi anda yang masih lagi menaruh harapan untuk Capcom mengumumkan permainan terbaru Megaman, anda mungkin bernasib baik. Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakana cara khas secara langsung berkenaan permainan Megaman bersempena ulang tahun permainan tersebut yang ke-30.
Acara tersebut akan berlangsung di laman rasmi Twitch Capcom Unity pada 5 Disember 3 pagi (Waktu Malaysia). Menurut laporan Siliconera, mereka juga menerima sebuah kad jemputan bagi acara tersebut dimana Capcom menyemput peminat untuk meraikan ulang tahun Megaman yang ke-30 bersama-sama mereka.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton acara langsung tersebut, dimana kita mungkin akan memperlihat siri permainan terbaru buat Megaman mahupun pengumuman yang menarik daripada Capcom berkenaannya sempena ulang tahun yang ke-30 ini.