Informasi Permainan Video Terkini
Mineski Turut Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Genting 2018

Mineski Turut Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Genting 2018

Diterbitkan pada Dis 2, 2017 oleh .

Selepas mengumumkan tiga pasukan yang menerima jemputan terus ke ESL One Genting 2018 semalam, kini pasukan ke-4 turut diumumkan, iaitu Mineski.

ESL One Genting 2018

ESL One Genting 2018 merupakan acara Dota 2 Minor rasmi yang diadakan julung kalinya di Malaysia. Ia bakal menyaksikan pelbagai pasukan bersaing dalam permainan Dota 2 untuk memenangi wang berjumlah $400,000.

ESL One Genting 2018 akan diadakan di Resorts World Genting pada 26 Januari sehingga 28 Januari 2018 kelak.

Pihak penganjurnya turut mengatakan yang mana mereka akan berkongsi lebih lanjut mengenai pasukan lain yang menerima jemputan terus ke ESL One Genting secara berperingkat sepanjang minggu akan datang.