Informasi Permainan Video Terkini
Virtus.pro, Team Liquid Dan Newbee Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Genting 2018

Virtus.pro, Team Liquid Dan Newbee Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Genting 2018

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

ESL One Genting 2018 telah diumumkan sebelum ini sebagai kejohanan untuk Dota 2 Minor yang rasmi. Ia bakal diadakan pada Januari 2018 kelak, dan menyaksikan hadiah berjumlah $400,000 menanti para pemenang.

Kini, pihak ESL One telah mula memperlihatkan tiga pasukan yang menerima jemputan terus ke acara berkenaan.

Virtus.pro

Pasukan pertama yang menerima jemputan terus ke acara ESL One Genting 2018 adalah Virtus.pro. Sebelum ini, pasukan e-sukan berkenaan telah memenangi acara ESL One Hamburg.

Selain itu, pasukan kedua yang menerima jemputan terus ke acara ESL One Genting 2018 adalah Team Liquid. Dan pasukan yang ketiga yang turut menerima jemputan terus adalah Newbee.

Team Liquid

Newbee

Dengan hari-hari akan datang, kita mungkin akan melihat lebih banyak pasukan diumumkan.