Informasi Permainan Video Terkini
ESL One Genting Kembali Ke Malaysia Sebagai Kejohanan Dota 2 Minor Rasmi

ESL One Genting Kembali Ke Malaysia Sebagai Kejohanan Dota 2 Minor Rasmi

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

ESL terkenal dengan acara-acara e-sukan di seluruh negara, kini bakal mengadakan kembali kejohanan Dota 2 di Resorts World Genting, Malaysia. ESL One Genting 2018 akan diadakan di 23 hingga 28 Januari 2018 ini. Dengan jumlah hadiah bernilai $400,000(~RM1,689,400) pemenang juga berpeluang untuk mendapatkan 400 markah untuk melayakkan mereka ke kejohanan Dota 2 terbesar, The International 2018.

Menurut ESL, sebahagian daripada 16 pasukan yang bakal bertempur didalam kejohanan tersebut akan dijemput, manakala selebihnya akan diadakan pusingan kelayakan antara serantau dunia. Dengan kejayaan acara ESL Genting 2017 dan ESL One Manila 2016, melebihi 5,000 peminat menghadiri ke acara tersebut bersama 11.4 juta penonton, naib presiden Ulrich Schulze ESL percaya acara ESL One Genting 2018 bakal menjadi satu acara yang lebih besar dan lebih baik dengan kerjasama Resorts World Genting.

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri acara tersebut, tiket bagi acara ESL One Genting di Malaysia akan dijual bermula 19 Oktober ini jam 2 petang dengan harga brmula RM180 sehinggalah RM620 mengikut jenis tiket. Untuk sebarang informasi berkenan tiket bagi acara tersebut, anda boleh melayari laman sesawang dibawah.

Beli Tiket : ESL One Genting 2018