Skip to main content

Noctis tampaknya akan sentiasa sibuk pada tahun 2018 dengan pelbagai permainan yang akan memfokuskan watak tersebut. Dimana baru-baru ini Bandai Namco mengumumkan watak Noctis bakal tiba di permainan perlawanan Tekken 7, Square-Enix minggu ini juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi berkenaan permainan terbaru mereka, iaitu Dissida Final Fantasy NT yang juga akan menyertakan watak Noctis.

Noctis Lucis Caelum merupakan watak Final Fantasy daripada Final Fantasy XV. Watak tersebut diumumkan bakal tiba di permainan tersebut pada Tokyo Game Show 2017 yang lepas. Di dalam permainan tersebut, segala serangan ikonik Noctis daripada permainan Final Fantasy XV, seperti Armiger dan juga Warp Strike akan disertakan bersama.

Menurut Square-Enix juga, sebahagian kandungan profil pemain di permainan arked Dissidia Final Fantasy juga boleh dipindahkan ke permainan Dissidia Final Fantasy NT yang mana ia bakal tiba pada 30 Januari 2018 ini secara esklusif di Playstation 4.

Bagi yang meminati Final Fantasy VIII pula, Square-Enix juga mengumumkan kawasan Promised Place di dalam penghujung permainan Final Fantasy VIII akan disertakan bersama apabila permainan ini dilancarkan kelak.

Pada Ogos lepas juga, Square-Enix juga telah berkongsi berkenaan edisi permainan ini dengan pelbagai edisi seperti edisi Deluxe dan juga edisi Brawler. Pada Tokyo Game Show 2017 September yang lepas, kami juga berpeluang untuk menemu ramah pengarah permainan Dissidia Final Fantasy NT.

Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4. Anda boleh membuat pra-tempahan permainan ini dimana-mana pengedar rasmi dan juga di kedai atas-talian PSN Store.

Leave a Reply