Skip to main content

Hari ini Bandai Namco mengumumkan sesuatu yang sangat mengejutkan dimana watak Noctis Lucis Caelum daripada permainan Final Fantasy XV bakal tiba di permainan perlawanan Tekken 7 sebagai watak pernambahan pada musim bunga 2018 ini.

Noctis bakal tiba sebagai watak pernambahan DLC 3 dimana beliau akan mempunyai bentuk pertempuran berdasarkan permainan Final Fantasy XV seperti Warp Strike, Armiger dan senjata pedang yang beliau dapat daripada ayahnya iaitu Engine Blade. Pemain berpeluang untuk menggunakan Noctis dan bertempur dengan kesemua watak-watak daripada Tekken 7 dimana beliau akan menyertai pertandingan The King of Iron Fist Tournament bermula musim bunga 2018 ini.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco Jun yang lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply