Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4. Square-Enix juga mengumumkan edisi terhad bakal tiba pada bulan lepas.
Sempena Tokyo Game Show 2017 minggu lepas, penerbit permainan tersebut Ichiro Hazama bersama pengarah, Takeo Kujiraoka sempat berkongsi bersama saya berkenaan permainan Dissidia Final Fantasy NT.
Ketika sidang media Playstation, mereka mengumumkan watak Noctis Lucis Caelem dari siri Final Fantasy XV bakal tiba di Dissidia Final Fantasy NT. Menurut Ichiro Hazama, penerbit permainan tersebut. Noctis bakal mempunyai sistem kawalan Shift System dimana beliau mempunyai bentuk pertempuran yang seakan sama seperti didalam siri asal permainan FFXV. Menurut Takeo Kujiraoka, terdapat lagi pelbagai watak yang bakal tiba dan akan diumumkan sebelum permainan ini dilancarkan kelak. Mereka juga menyatakan permainan ini bakal mempunyai penceritaan yang sangat mendalam antaranya mereka menghasilkan satu cutscene yang melebihi satu jam.
Dissidia Final Fantasy NT bakal tiba pada 30 Januari 2018 secara ekslusif di Playstation 4. Edisi collectors juga diumumkan dan bakal menyertakan figura Warrior Of Light dan juga cakera muzik latar bersama artbook.
Sesi Temu Ramah Bersama Ichiro Hazama Dan Takeo Kujiraoka.
Adakah permainan Dissidia Final Fantasy NT bakal mempunyai misi atau acara mengikut masa dan musim?
Buat masa sekarang, kami masih lagi belum lagi mengumumkan berkenaan perkara tersebut, tetapi mungkin kami akan mengumumkan pada masa akan datang.
Adakah permainan Dissidia Final Fantasy NT akan mempunyai sokongan Playstation 4 Pro?
Sokongan Playstation 4 Pro sememangnya akan tiba, tetapi permainan ini berjalan dengan 60FPS walaupun di Playstation 4 biasa.
Adakah pertimbangan yang dilakukan untuk membawa watak-watak ke dalam siri permainan Dissidia Final Fantasy NT ini?
Setiap watak yang dibawa masuk ke dalam permainan mestilah diambil kira berkenaan keseimbangannya. Sebelum memilih watak untuk dimasukkan dalam permainan ini, kami pertama sekali memastikan watak tersebut tidak terlalu kuat, malah tidak terlalu lemah untuk menjadikan wataknya sebagai watak kendiri.
Pada masa akan datang, adakah anda berminat untuk membuat satu sistem undian oleh peminat untuk membawa watak-watak baru ke dalam permainan ini?
Kami sememangnya mempertimbangkan sistem undian oleh peminat. Tetapi kami risau sistem ini mungkin memakan masa dan proses yang terlalu lama. Buat masa sekarang kami tidak boleh menyatakan apa-apa lagi kata putus berkenaan sistem ini, tetapi kami sememangnya berminat.
Selain watak-watak dari Final Fantasy, adakah anda bercadang untuk membawa watak-watak tetamu dari francais lain seperti Sora dari Kingdom Hearts?
Untuk membawa watak-watak tetamu ke dalam permainan ini sememangnya adalah sesuatu yang sangat menarik, tetapi bagi kami, kami ingin memberi peluang dan fokus untuk watak-watak dari Final Fantasy dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membawa watak dari francais lain.
Adakah anda mempunyai apa-apa rancangan untuk E-Sukan dengan permainan ini?
E-sukan merupakan adalah satu ciri permainan yang kami berminat untuk ceburi. Walaubagaimana pun, proses untuk e-sukan mungkin mengambil masa yang lama dan kami mahu menganalisa dahulu. Kami juga sekarang ingin memfokuskan dahulu untuk membina sebuah komuniti dahulu.