Informasi Permainan Video Terkini
Tiada Perancangan Untuk Memperkenalkan Ciri Bermain Berseorangan Pada PUBG
PC

Tiada Perancangan Untuk Memperkenalkan Ciri Bermain Berseorangan Pada PUBG

Diterbitkan pada Okt 27, 2017 oleh .

PlayerUnknown’s Battlegrounds masih lagi pada peringkat pembangunan, dan masih tidak stabil sepenuhnya lagi buat masa ini. Namun, ia telah menjadi salah satu permainan popular dengan angka pemain pada sesuatu masa mencapai lebih 2 juta pemain seluruh dunia.

Dengan populariti berkenaan, pelbagai persoalan yang hadir dikalangan para pemain. Dan salah satunya adalah berkenaan dengan adakah sokongan Single Player akan ditambah pada permainan berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, sejumlah permainan menyediakan pelbagai misi untuk dimainkan secara berseorangan, dan bukan atas-talian semata-mata.

Bercakap mengenainya, pihak PlayerUnknown’s Battlegrounds mengatakan yang mana mereka tiada perancangan untuk memperkenalkan mod bermain berseorangan ini.

PUBG sendiri, melalui kemaskini terbaru dilihat telah mula beroperasi dibawah syarikat PUBG Corporation, anak syarikat Bluehole. Mereka turut kini dalam persiapan untuk melancarkan versi 1.0 untuk permainan berkenaan – dan telah mula menambah beberapa ciri-ciri baru pada permainan berkenaan.