Humble Store yang kini dimiliki oleh IGN, hari ini telah mula menawarkan permainan Guns of Icarus Online secara percuma untuk tempoh yang terhad.
Guns of Icarus Online adalah salah satu permainan PvP yang memfokuskan perlawanan menggunakan kapal layar terbang. Ia merupakan permainan atas-talian, dan dimainkan bersama pelbagai pemain lain seluruh dunia.
Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh mendapatkan Guns of Icarus Online ini secara percuma – dan menambahnya pada galeri Steam anda hari ini.
[download]Muat-Turun Guns of Icarus Online di Humble Store[/download]