Skip to main content

IGN, salah satu media terkemuka dalam penerbitan mengenai permainan video, hari ini mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih Humble Bundle.

Humble Bundle meruapakan salah satu perkhidmatan web yang menawarkan sejumlah kandungan digital dan permainan indie pada harga yang jauh lebih rendah berbanding kebiasaan. Humble Bundle sendiri sebelum ini telah hadir dengan kedai atas-talian mereka tersendiri dinamakan Humble Store, selain turut membantu menerbitkan permainan video.

Walaupun diambil-alih, Humble akan terus beroperasi secara berasingan buat masa ini, tanpa sebarang perubahan yang drastik. IGN turut menekankan yang mana mereka tidak berhasrat untuk mengubah bagaimana Humble beroperasi buat masa ini.

Leave a Reply