Informasi Permainan Video Terkini
Tiga Lagi Watak Baru Buat Permainan BlazBlue Cross Tag Battle Diumumkan Oleh Arc System Works

Tiga Lagi Watak Baru Buat Permainan BlazBlue Cross Tag Battle Diumumkan Oleh Arc System Works

Diterbitkan pada Okt 23, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman minggu lepas buat permainan BlazBlue Cross Tag Battle minggu lepas oleh Arc System Works, kini mereka mengumumkan lagi tiga watak baru yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Tiga watak baru tersebut adalah Noel Vermillion daripada siri permainan BlazBlue, Chie Satonaka daripada Persona 4 Arena dan Walkstein daripada Under Night In-Birth. Ketiga-tiga watak ini bakal disertakan buat permainan BlazBlue Cross Tag Battle.

Buat masa sekarang, Arc System Works masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan perlawanan tersebut. Namun, ia bakal dilancarkan di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC pada tahun 2018.