BlazBlue Cross Tag Battle asalnya diumumkan ketika Julai yang lepas, kini Arc System Works berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan perlawanan tersebut dimana ia bakal tiba di konsol Playstation 4, Nintendo Switch dan PC pada 2018 ini.

Arc System Works juga mengumumkan tiga watak baru yang bakal tiba di permainan tersebut iaitu Rachel Alucard dan Hazama daripada permianan BlazBlue dan Weiss Schnee daripada RWBY. Jumlah watak yang diumumkan sekarang berjumlah tujuh watak termasuk empat watak yang diumumkan Julai yang lepas. Pembangun permainan tersebut juga mengumumkan informasi tambahan bagi permainan ini akan diumumkan kelak pada penghujung Oktober ini.

BlazBlue Cross Tag Battle adalah permainan kedua yang dibangunkan tahun ini oleh Arc System Works selain Dragonball FighterZ.

 

Sohor Kini