Pada Ogos yang lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy XV bakal tiba di PC dengan pelbagai pernambah-baikkan termasuk sokongan penembak pandang pertama dan sokongan resolusi 8k. Walaubagaimana pun, dengan segala pernambah-baikkan tersebut, pengarah permainan tersebut, Hajime Tabata menyatakan bahawa proses pembangunan bagi versi PC adalah 100 kali lebih mudah daripada pembangunan permainan tersebut di konsol. Square-Enix hanyalah bermula membangun versi PC bagi permainan tersebut bermula awal tahun ini dan dijadualkan untuk dilancarkan pada awal tahun 2018.

Ketika ditemu-ramah oleh MCV, Hajime Tabata menyatakan bahawa ketika pembangunan permainan tersebut di versi konsol, ia memerlukan pelbagai pembinaan semula bagi permainan tersebut dan juga enjin permainan. Ia merupakan tugasan yang sangat menyusahkan, 100 kali lebih susah.

Hajima Tabata juga menyatakan bahawa keseluruhan pembangun juga sedang bekerja keras untuk memastikan permainan tersebut boleh dimainkan untuk PC yang mempunyai spefikasi yang rendah. Beliau juga berharap dengan sokongan mod penembak pandang pertama, ia akan menarik minat lagi pemain-pemain dan mod tersebut bakal memberi pembaharuan bagi permainan Final Fantasy XV.

Beliau menyatakan bahawa buat masa sekarang, permainan tersebut masih lagi didalam proses pembangunan setakat 50% dan masih terdapat lagi pelarasan yang perlu mereka lakukan.

Final Fantasy XV Windows Edition bakal dilancarkan di PC pada awal tahun 2018. Ia bakal mengandungi kesemua pernambahan DLC yang dilancarkan di konsol dan sokongan Steam Workshop. Square-Enix juga menjanjikan permainan ini bakal memberi edisi lengkap buat permainan tersebut dengan pelbagai pernambah-baikkan visual.

Sohor Kini