Informasi Permainan Video Terkini
Informasi Lanjut Buat Permainan Horizon: Zero Dawn Complete Edition Bersama Pernambahan The Frozen Wilds

Informasi Lanjut Buat Permainan Horizon: Zero Dawn Complete Edition Bersama Pernambahan The Frozen Wilds

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Horizon: Zero Dawn Complete Edition dan pernambahan DLC The Frozen Wilds, Sony Interactive Entertainment kini berkongsi informasi lebih lanjut berkenaan permainan tersebut.

Bagi pernambahan The Frozen Wilds, ia akan dilancarkan pada 7 November ini dengan harga Rm79. Anda boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini di Playstation Store dan setiap pra-tempahan  akan disertakan bersama avatar khas Banuk Aloy. Bagi mereka yang langgani Playstation Plus, anda boleh membeli pernambahan ini dengan diskaun 20% dengan harga hanya RM63.20.

Pernambahan The Frozen Wilds ini bakal mengandungi kandungan tambahan penceritaan, watak dan kawasan yang baru buat permainan Horizon: Zero Dawn. Pemain juga akan bertempur dengan musuh mesin yang baru khas hanya di pernambahan tersebut.

Manakala, Horizon: Zero Dawn Complete Edition akan dilancarkan pada 5 Disember dengan harga RM199 bagi versi fizikal dan RM189 bagi versi digital. Edisi lengkap permainan ini bakal mengandungi permainan asal Horizon: Zero Dawn bersama pernambahan The Frozen Wilds. Ia juga akan disertakan bersama :

  • “The Art of Horizon Zero Dawn” digital art book
  • Tema khas PlayStation 4
  • Kostum Carja Storm Ranger
  • Panah Carja Mighty
  • Pek Carja Trader
  • Kostum Banuk Trailblazer
  • Panah Banuk Culling
  • Pek Banuk Traveller
  • Pek Nora Keeper

Bagi anda yang masih belum lagi bermain Horizon Zero Dawn, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan permainan tersebut secara edisi lengkap.