Sony Interactive Entertainment baru sahaja mengumumkan kandungan tambahan pertama untuk permainan Horizon: Zero Dawn, The Frozen Wilds yang bakal dilancarkan 7 November ini.

Penambahan ini akan berharga $19.99 (~RM86) dan akan ditawarkan melalui Playstation Store. Penambahan ini diumumkan ketika di E3 2017 Jun lepas, dimana ia bakal mengandungi kawasan yang baru, misteri dan cabaran yang baru untuk Aloy selesaikan, serta musuh mesin yang baru untuk diburu. Pengguna juga akan ditawarkan avatar khas bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk penambahan ini.

Buat masa ini, Sony dan Guerilla masih lagi belum mengumumkan apa-apa informasi tambahan. Kami di Aksiz akan mengemaskini berita penambahan permainan Horizon: Zero Dawn dari pada masa akan datang.

Sohor Kini