Skip to main content

Sony Interactive Entertainment mengumumkan mereka bakal melancarkan Horizon: Zero Dawn Complete Edition pada 5 Disember ini. Ia akan disertakan bersama permainan asal bersama pernambahan DLC The Frozen Wilds yang bakal dilancarkan 7 November ini.

Horizon: Zero Dawn adalah permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan pada 28 Februari yang lepas. Ia dibangunkan oleh Guerilla Games, iaitu pembangun yang terkenal dengan siri permainan Killzone di konsol Playstation. Setakat 5 Jun lepas, permainan ini telah terjual sebanyak 3.5 juta salinan di seluruh dunia.

Leave a Reply