Skip to main content

Pengarah Permainan Final Fantasy XV, Hajime Tabata menyatakan bahawa beliau akan terus membangunkan pelbagai pernambahan buat permainan Final Fantasy XV menjelang 2018 ketika acara siarang langsung Active Time Report Square-Enix sempena Tokyo Game Show 2017 minggu lepas.

Menurut Tabata, beliau mengambil keputusan untuk teruskan pembangunan tersebut kerana mendapat pelbagai sambutan dan permintaan daripada peminat untuk menambahkan lagi penceritaan bagi permainan tersebut. Pernambahan Episode Ignis asalnya merupakan pernambahan DLC terakhir bagi permainan tersebut. Tetapi sekarang tampaknya mereka bakal menambahkan lagi pelbagai pernambahan baru. Tabata juga menyatakan tema untuk pembangunan berterusan ini adalah untuk mengukuhkan lagi penceritaan bagi permainan tersebut dengan menerangkan lagi kesimpulan penceritaan permainan Final Fantasy XV.

Gamescom 2017 Ogos lepas, Square-Enix juga mengumumkan Final Fantasy XV PC Edition dan juga Pocket Edition yang bakal tiba di iOS dan Android. Manakala permainan Final Fantasy XV sudah dilancarkan tahun lepas pada Playstation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply