Informasi Permainan Video Terkini
(Tokyo Game Show 2017) Informasi Lanjut Berkenaan Dragonball FighterZ Bersama Terangan Lanjut Berkenaan 3 Watak Baru

(Tokyo Game Show 2017) Informasi Lanjut Berkenaan Dragonball FighterZ Bersama Terangan Lanjut Berkenaan 3 Watak Baru

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Minggu lepas, Bandai Namco berkongsi berkenaan 3 watak terbaru yang bakal tiba di permainan Dragonball FighterZ. Tiga watak baru tersebut adalah Yamcha, Tien Shinhan dan watak baru, Android 21 yang direka khas untuk permainan Dragonball fighterZ tersebut.

Sempena Tokyo Game Show 2017 yang berlangsung minggu lepas, Bandai Namco kali ini sempat berkongsi pelbagai informasi tambahan berkenaan watak terbaru tersebut bersama video trailer.

Antara yang menjadi fokus utama bagi permainan Dragonball FighterZ adalah watak terbaru, Android 21 dimana beliau memainkan peranan penting untuk penceritaan permainan ini. Menariknya, Android 21 ini direka khas sempena untuk permainan ini dan diselia oleh Akira Toriyama, pereka asal siri Dragonball.

Manakala dua lagi watak baru yang diumumkan adalah Yamcha dan Tien Shinhan. Kedua-dua watak ini bakal memiliki teknik pertempuran seperti di dalam siri anime Dragonball dan bagi Tien Shinhan, beliau bakal ditemani dengan watak Chiaotzu.

Dragonball FighterZ bakal merangkumi bentuk permainan yang sangat mendalam dimana pemain berupaya untuk bertanding secara kompetitif. Tetapi untuk memastikan kompetitif yang seimbang, pemain tidak berupaya untuk mengubah-suai watak-watak tersebut kecuali kostum-kostum yang pelbagai warna.Dari segi pengubah-suaian yang lain pula, pemain berupaya untuk mengubah watak ketika menunggu di lobi sahaja.

Pemain juga dapat berinteraksi dengan pemain lain dengan menggunakan Z Stamp, dimana pemain boleh menggunakan Zstamp untuk memberi kata semangat ketika menonton perlawanan pemain lain dan juga membuat sembangan ringkas dengan pelbagai Z Stamp yang disediakan berdasarkan dari adegan-adegan ikonik anime Dragonball. Dari segi DLC pernambahan, Bandai Namco masih lagi tidak mengumumumkan sebarang pernambahan bakal tiba, tetapi mereka mungkin akan melancarkan beberapa DLC pernambahan pada masa akan datang.

Dragonball FighterZ bakal dilancarkan pada Februari 2018 buat Playstation 4, Xbox One dan PC.