Informasi Permainan Video Terkini
Yamcha, Tien Shinhan Dan Android 21 – Tiga Watak Baru Bakal Tiba Buat Permainan Dragonball FighterZ
PC

Yamcha, Tien Shinhan Dan Android 21 – Tiga Watak Baru Bakal Tiba Buat Permainan Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Majalah V-Jumps minggu ini mengumumkan tiga watak baru yang bakal tiba di permainan perlawanan akan datang oleh Bandai Namco dan Arc System Works, Dragonball FighterZ. Tiga watak baru tersebut adalah Yamcha, Tien Shinhan dan watak rekaan khas oleh Akira Toriyama, Android 21 yang direka khas buat permainan ini.

Yamcha dan Tien Shinhan diumumkan bersama dan mereka bakal menerima teknik-teknik pentempuran seperti di dalam siri anime DragonballZ.

Android 21 pula adalah watak yang memainkan peranan penting buat mod penceritaan bagi permainan Dragonball FighterZ. Android 21 adalah ahli saintis yang mempunyai kepakaran seperti Dr. Gero, pencipta Android dalam siri DragonballZ. Buat masa sekarang, masih tiada lagi informasi tambahan berkenaan watak tersebut. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi selepas diumumkan oleh Bandai Namco.

Dragonball FighterZ adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Ia bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada Februari 2018.