Informasi Permainan Video Terkini
Pewdiepie Memohon Maaf Atas Penggunaan Komen Perkauman Ketika Siaran Langsung

Pewdiepie Memohon Maaf Atas Penggunaan Komen Perkauman Ketika Siaran Langsung

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Lanjutan daripada isu kontroversi Pewdiepie berkenaan komen perkauman beliau ketika bermain permainan PUBG, hari ini Pewdiepie mengeluarkan kenyataan minta maaf atas sebab kontroversi tersebut.

Di dalam video tersebut, Pewdiepie atau nama sebenarnya, Felix Kjellberg memohon maaf atas tindakan beliau dan juga menyatakan beliau tiada apa-apa alasan untuk komen perkauman beliau. Pewdiepie juga menyatakan beliau sangat kecewa dengan tindakannya dan sememangnya beliau tidak belajar dari kesilapan selepas kontroversi-kontroversi sebelum ini.

Walaubagaimana pun, Pewdiepie tidak menyatakan sebarang komen berkenaan pembangun permainan Firewatch, Sean Vanaman yang ingin menarik balik video-video berkenaan permainan Firewatch di saluran Pewdiepie.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan menawarkan info berkenaan dengannya sebaik sahaja Pewdiepie dan Sean Vanaman berkongsi lanjut mengenainya kelak.