Informasi Permainan Video Terkini
Pewdiepie Mengeluarkan Komen Perkauman Ketika Bermain Permainan PUBG Secara Langsung

Pewdiepie Mengeluarkan Komen Perkauman Ketika Bermain Permainan PUBG Secara Langsung

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Pewdiepie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg, baru-baru ini terlibat dalam kontroversi di Youtube bersama pembangun permainan Firewatch, Sean Vanaman iaitu pengasas syarikat Campo Santo. Pewdiepie minggu ini membuat siaran langsung bermain permainan PUBG dan beliau mengeluarkan komen yang berunsurkan perkauman sekaligus meningkatkan kemarahan Sean.

Anda boleh menonton adegan tersebut diatas, yang dimuat-naik oleh pengguna Youtube Albert_Fn_Wesker. Melalui video tersebut, sememangnya Pewdiepie mengeluarkan komen-komen perkauman. Melaluinya, Sean Vanaman, pengasas Campo Santo menyatakan di twitter beliau akan menarik balik hak cipta bagi video Pewdiepie yang berkaitan dengan syarikat Campo Santo, antaranya adalah permainan Firewatch.

Sean juga menyatakan Pewdiepie telah membawa kehinaan untuk industri permainan video dengan pelbagai tindakan beliau didalam Youtube. Beliau juga mengajak kesemua pembangun permainan untuk menarik balik kesemua hak cipta video yang dimuat-naik oleh Pewdiepie.

Buat masa sekarang, Pewdiepie masih lagi tidak menyatakan sebarang komen lagi berkenaan isu ini dan seperti biasa kami di Aksiz akan mengemaskini isu ini pada masa akan datang.