PlayerUnknown’s Battlegrounds atau nama ringkasnya, PUBG telah mencipta nama beberapa kali sebelum ini, termasuk mendahului angka pemain serentak di Steam, dan mempunyai angka penonton paling tinggi di Twitch. Kini, mengikut statistik SteamDB, permainan berkenaan turut menghampiri angka pemain serentak 1 juta pemain pada sesuatu masa.

Mengikut data semasa, ia telah melangkaui angka 970,000, dan tidak mustahil kita melihat angka pemain serentak PUBG dicapai dalam masa minggu ini atau minggu hadapan.

PUBG menawarkan permainan berbentuk Battle Royale, dimana sekitar 99 orang pemain akan diletakkan di suatu lokasi, dan mereka perlu memastikan menjadi pemain terakhir dan menewaskan pelbagai pemain lain.

Buat masa ini, PUBG hanya ditawarkan untuk PC sahaja, dan ia bakal hadir ke Xbox tidak lama lagi.

Sohor Kini