PlayerUnknown’s Battlegrounds sebelum ini telah menempah nama sebagai permainan paling popular di Steam, dan sering menjadi perbualan ramai pengguna seluruh dunia. Kini, permainan berbentuk battle royale berkenaan turut menguasai perkhidmatan penstriman Twitch.
Menurt data yang dikumpulkan oleh Gamoloco, permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds kini menjadi permainan yang mempunyai paling banyak tontonan di Twitch pada bulan Ogos lepas.
Ini sekaligus menjadikan PlayerUnknown’s Battlegrounds melangkaui League of Legends yang memegang takhta berkenaan sejak Oktober 2014 lepas.
For the 1st time since we started monitoring Twitch data in 2014, League didn't rank #1 across a full month, dethroned as it was by PUBG. pic.twitter.com/wzd3fPKVBR
— GAMOLOCO (@Gamoloco) September 1, 2017
Daripada data yang dikongsikan, PlayerUnknown’s Battlegrounds telah ditonton selama 73.7 juta jam pada bulan Ogos lepas – berbanding hanya 71.9 juta jam untuk LoL.
Adakah kita akan kekal melihat PlayerUnknown’s Battlegrounds popular untuk bulan-bulan akan datang, atau populariti ini hanya untuk semnetara sahaja?