Informasi Permainan Video Terkini
Player Unknown Battleground Kini Permainan Paling Banyak Dimainkan Di Steam – Melangkaui Dota 2
PC

Player Unknown Battleground Kini Permainan Paling Banyak Dimainkan Di Steam – Melangkaui Dota 2

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Bulan lepas, Player Unknown Battleground(PUBG) dilaporkan sebagai permainan yang kerap dimainkan di Steam selain permainan keluaran Valve. Kini PUBG merupakan permainan terbanyak yang dimainkan di Steam, sekaligus melangkaui angka pemain serentak untuk Dota 2 dan Counter-Strike: Global Offensive dengan sebanyak 877,844 pemain bermain serentak.

Player Unknown Battleground merupakan permainan multi-pemain pertempuran royale yang dilancarkan sebagai permainan akses awal di Steam pada Mac tahun ini.

Nampaknya, PUBG hanya perlu sebulan untuk menjatuhkan carta permainan-permainan keluaran Valve, sekaligus menjadi permainan yang paling banyak dimainkan di Steam.

Bagi anda, adakah anda telah mencuba PUBG ini? Apa pendapat anda mengenai permainan ini?