Sebelum ini, kita sedia mendengar yang mana acara sukan Olimpik 2024 kelak mungkin turut menyertakan penawaran acara e-sukan. Kini mengulas lanjut mengenainya, presiden International Olumpic Committee, Thomas Bach mengatakan yang mana mereka mengalakkan pelbagai acara sukan baru yang popular dikalangan anak muda, teatpi untuk e-sukan, mereka akan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga.
Menurut beliau, Olimpik sering mempromosikan sukan yang membawa keamanan antara manusia, dan e-sukan sering bertentangan dengannya – terutamanya permainan yang hadir dengan perlawanan, letupan, dan pembunuhan.
Permainan e-sukan yang membawa bentuk permainan seumpama dunia nyata, seperti bola sepak dan sebagainya mungkin diketengahkan dalam Olimpik, tetapi permainan lain boleh dikatakan bertentangan dengan nilai Olimpik itu sendiri.
Tiada sebarang nama permainan yang disebut buat masa ini. Sekiranya dilihat daripada temuramah ringkas ini, kita mungkin akan dapat melihat permainan seperti FIFA diketengahkan di sukan Olimpik, tetapi sebaliknya permainan membunuh seperti Overwatch, Dota, LOL dan sebagainya mungkin mempunyai peluang yang sangat rendah untuk disertakan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah permainan e-sukan yang mungkin diketengahkan pada Sukan Olimpik 2024 kelak.