Informasi Permainan Video Terkini
Acara E-Sukan Mungkin Turut Menjadi Fokus Pada Sukan Olimpik 2024

Acara E-Sukan Mungkin Turut Menjadi Fokus Pada Sukan Olimpik 2024

Diterbitkan pada Ogos 9, 2017 oleh .

Acara suka Olimpik 2024 yang bakal diadakan pada tahun 2024 di Paris, Perancis kelak mungkin akan turut menawarkan acara E-sukan. Naib Presiden jawatankuasa bidaan Olimpik Paris menyatakan bahawa perbincangan bakal diadakan bersama pemain-pemain E-sukan dan jawatankuasa Antarabangsa Olimpik berkenaan kebenaran dan mekanisma pemain E-sukan bertanding untuk pingat emas Olimpik.

Tony Estanguet, naib president jawatankuasa bidaan Perancis, menyatakan bahawa komuniti permainan berhak untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan. Dengan populariti E-Sukan antara anak muda hari ini, ia merupakan sesuatu pilihan yang bakal menarik lebih ramai bakat sekaligus meningkat jenis kepelbagaian di dalam arena sukan. Ini secara tidak langsung akan turut meletakkan atlet-atlet e-sukan setaraf dengan atlet-atlet sukan yang lain.

Walaubagaimanapun, ia masih di peringkat awal dan terdapat banyak perkara perlu diketengahkan seperti permainan yang dipertandingkan, bentuk dan format pertandingan dan sebagainya.

Pada pendapat anda, adakah E-Sukan layak untuk dijadikan acara Olimpik?