Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Mencuba Rainbow Six Siege Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad
PC

Anda Kini Boleh Mencuba Rainbow Six Siege Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad

Diterbitkan pada Ogos 23, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih belum mempunyai permainan Rainbow Six Siege, anda kini boleh mencuba permainan ini secara percuma untuk tempoh masa yang terhad. Permainan ini bakal mengadakan tempoh pencubaan hujung minggu ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Tempoh percubaan tersebut akan bermula daripada 24 Ogos ini sehingga 28 Ogos kelak. Bagi anda yang bermain permainan tersebut dalam tempoh pencubaan itu, setiap kemajuan anda boleh disambungkan sekiranya anda membeli permainan tersebut secara penuh. Ubisoft juga mengadakan promosi jualan diskaun sehingga 50% di kesemua platform.

Rainbow Six Siege adalah permainan yang dibangunkan oleh Ubisoft dan telah dilancarkan pada tahun 2015 lepas. Ia mengandungi pelbagai kemaskini yang sering disediakan oleh Ubisoft. Baru-baru ini juga, Ubisoft melaporkan permainan mempunyai pemain melebihi 20 juta.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memcuba permainan ini secara percuma, disamping membelinya dengan harga promosi.

PSN : Rainbow Six Siege

Steam : Rainbow Six Siege