Skip to main content

Rainbow Six Siege merupakan salah satu permainan aksi tembak-menembak daripada Ubisoft yang telah dilancarkan pada 2015 yang lepas. Sejak daripadanya, ia telah berkembang dengan posifit, dan berkongsi mengenainya, Ubisoft mengatakan permainan berkenaan kini mempunyai lebih 20 juta pemain berdaftar setakat ini.

Rainbow Six Siege

Menariknya, 2.3 juta pemain log masuk setiap hari pada permainan berkenaan.

Ubisoft mengatakan komuniti disebaliknya terus berkembang positif dari hari ke hari, sekaligus membolehkan mereka terus hadir dengan penawaran kandungan baru untuk permainan berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda merupakan pemain Rainbow Six Siege ini?

Leave a Reply