Semasa penulisan ini, gedung permainan video dan aplikasi itch.io tidak boleh diakses, dan menurut laman X rasmi mereka, perkara ini disebabkan syarikat pengeluar figura Funko mempunyai masalah dengan satu penawaran di laman tersebut.

Menurut itch.io lagi, mereka telah menutup laman tersebut kerana merasakan langkah terbaik, akan tetapi Funko yang menggunakan perkhidmatan pelindung jenama Brand Shield Limited masih meminta penyedia domain itch.io iaitu I Want My Name untuk menutup domain.

Walaupun mereka telah menghubungi I Want My Name, akan tetapi penyedia domain tersebut masih lagi bertindak untuk menutup domain yang mengakibatkan kepada masalah ini.

Buat masa ini, mereka mengambil langkah tunggu dan lihat, mereka pada awalnya bercadang untuk menggunakan domain baharu akan tetapi kerana ia boleh mencetus pelbagai masalah lain, mereka menangguhkan terlebih dahulu langkah tersebut.

Leave a Reply