Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsikan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:

Munkar

Platform: Netflix

Filem seram oleh Anggy Umbara dari Indonesia ini adalah mengenai kekacauan yang berlaku di sebuah sekolah agama perempuan selepas seorang daripada pelajar baru pulang ke sekolah tersebut dengan penuh misteri.

Yolo

Platform: Netflix

Filem ini memfokuskan kepada Le Ying lakonan Jia Ling yang juga pengarah bagi filem ini, iaitu seorang yang berbadan besar belajar untuk bertinju selepas menjumpai seorang jurulatih. Selepas pelbagai kegagalan dalam hidup, dia berusaha untuk menyertai pertandingan tinju.

Baca: Ulasan YOLO (热辣滚烫)

Lady in the Lake

Platform: Apple TV+

Siri berdasarkan novel berjudul sama oleh Laura Lippman memfokuskan kepada seorang wartawan penyiasatan yang menyiasat mengenai pembunuhan yang tidak diselesaikan, dia juga berhadapan dengan seorang wanita yang ingin memperjuangkan hak orang kulit hitam.

Bad Boys: Ride or Die

Platform: Apple TV Store / Google TV Store (Sewa/Beli)

Filem keempat untuk siri Bad Boys ini memperlihatkan bagaimana Mike Lowrey dan Marcus Burnett cuba untuk membersihkan nama Captain Howard yang dituduh mengambil rasuah yang mengakibatkan dia terbunuh di filem yang lepas.

Baca: Ulasan Bad Boys: Ride or Die

Abigail

Platform: Apple TV Store / Google TV Store (Sewa/Beli)

Filem ini adalah mengenai 6 orang penculik yang menculik seorang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai tebusan, tanpa mereka sedari yang kanak-kanak tersebut bukanlah seorang kanak-kanak biasa dan mempunyai mister tersendiri.

Baca: Ulasan Abigail

Leave a Reply