Pagi tadi kami berpeluang sertai sidang media untuk siri TV Disney+, Hawkeye. Kevin Feige, Rhys Thomas, Jeremy Renner dan Hailee Steinfield telah berkongsi beberapa maklumat mengenainya.

Dalam sidang media ini, Kevin Feige dan Rhys Thomas turut berkongsi serba sedikit mengenai siri TV Echo akan datang dan juga mengenai pelakon watak Echo atau Alaqua Cox iaitu Maya Lopez.

Siri TV ini Echo akan bersambung secara terus selepas Hawkeye tamat dengan episod keenam nanti. Penghujung siri TV Hawkeye akan menetapkan apa yang bakal berlaku dalam Echo akan datang. Penonton juga akan dapat saksikan Maya Lopez mula muncul dalam salah satu daripada dua episod pertama Hawkeye 24 November kelak.

Menurut Rhys, semasa uji bakat beliau terkejut dengan bakat Maya dan terus memilih beliau untuk memainkan watak ini. Dalam komik, Echo mempunyai kuasa mirip seakan Taskmaster iaitu boleh menyalin skil musuh dan juga ada kuasa Phoenix Force yang memberi kekuatan dan skil hebat di tahap kosmik.

Baca: Apa Yang Patut Anda Tahu Mengenai Siri TV Disney+ Hawkeye?

Leave a Reply