Acara Bajet 2022 sedang diadakan sekarang secara langsung dan pelbagai perkara menarik telah diumumkan. Sebentar tadi dalam arena e-sukan RM20 juta telah disediakan dan kelak akan ada pengecualian cukai untuk hadiah tunai.

Terkini dalam arena hiburan pula, kerajaan umum pengecualian cukai dalam duti hiburan. Ini bermakna tiket masuk taman tema dan juga panggung wayang tidak akan dikenakan cukai. Ini adalah kesinambungan kepada apa yang telah diumumkan di PEMERKASA sebelum ini.

Dengan pengecualian cukai ini, ia membantu premis-premis pawagam, teater, persembahan pentas dan lain-lain yang terjejas ketika Covid-19 secara perlahan bergerak ke arah jalan yang lebih stabil dan perniagaan yang seimbang.

Disamping itu, cukai pelancongan turut diumumkan yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2022.

Leave a Reply