Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin melalui pengumuman PEMERKASA telah mengumumkan pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu pelbagai industri yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Antara yang diumumkan adalah industri pelancongan dan juga hiburan iaitu kerajaan akan memberi pengecualian ke atas bayaran duti hiburan untuk kemasukan pawagam di semua Wilayah Persekutuan. Berikut adalah pengumuman penuh yang dilakukan;
Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ketempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan.
Bagi pengendali pawagam, kerajaan juga mengumumkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021. Pawagam di Malaysia baru sahaja mula dibuka semula pada minggu lepas.


