Ikea Malaysia hari ini telah mengumumkan yang koleksi perabot khusus untuk permainan video yang dihasilkan dengan kerjasama bersama dengan jenama di bawah Asus iaitu Republic of Gamers (ROG) akan mula dipasarkan di Malaysia pada 11 November ini.
Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat beberapa rekaan perabot yang akan tiba.
Sebelum ini mereka sudah memperlihatkan beberapa perabot yang akan ditawarkan di dalam koleksi ini, anda boleh bacanya melalui pautan ini; Ikea Memperlihatkan Rekaan Perabot Untuk Permainan Video Hasil Kerjasama Bersama ROG.
Mereka akan melakukan lanjut mengenai koleksi ini apabila menghampiri tarikh pelancaran untuknya bulan depan.


