Pada awal tahun ini, GSC telah mengumumkan penutupan dua cawangan mereka iaitu GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square, pada masa itu ia dikatakan sebagai secara tetap.

Namun, melalui pengumuman terbaru, GSC telah mengatakan yang GSC Times Square akan kembali beroperasi bermula esok. Ini merupakan satu kejutan dan juga satu perkara yang positif terutama untuk industri pawagam di Malaysia.

Kebanyakan pawagam telah dibuka sejak 23 September lepas, dengan kerajaan telah membenarkan pembukannya dengan SOP – kapasiti 50% dan untuk penerima vaksin lengkap sahaja.

Jika anda ingin lihat senarai filem menarik dan juga tarikh tayangan untuknya anda boleh rujuk pautan berikut; 15 Filem Menarik Dan Tarikh Tayangan Di Pawagam.

Leave a Reply