Jenama panggung wayang tempatan, Golden Screen Cinemas atau GSC hari ini mengumumkan yang mana panggung wayang di lokasi Cheras Leisure Mall dan Berjaya Time Square akan ditutup.

Menurut GSC, GSC Cheras Leisure Mall sudah beroperasi sejak tahun 1995 manakala Berjaya Times Square sejak 2005 lepas dan atas sebab pandemik yang berlaku sekarang ini, mereka terpaksa menutup kedua-dua panggung wayang tersebut.

Pada masa yang sama, GSC juga mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan sepanjang panggung wayang tersebut bertapak di kedua-dua pusat membeli belah tersebut. Kami di Aksiz juga amat sedih dengan berita ini atas sebab GSC Berjaya Time Square juga merupakan lokasi panggung wayang yang sering dilawati oleh saya sendiri.

Dari segi pembukaan wayang di lokasi lain, GSC menyatakan mereka akan umum kelak di laman sosial mereka apabila keadaan semakin pulih.

Sohor Kini