Penantian lama untuk kaki-kaki pawagam akhirnya berakhir apabila perkhidmatan pawagam di Malaysia telah dibenarkan beroperasi semula selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid-19.
Walaupun ia terhad kepada 50% kapasiti dan bagi pengunjung yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja, namun ia masih lagi menandakan yang kita sudah dapat kembali tonton filem di pawagam dan tidak perlu berharap kepada ehsan perkhidmatan penstriman.
Pawagam dibenarkan untuk beroperasi sejak 9 September lepas, akan tetapi dua penyedia pawagam utama di Malaysia iaitu GSC dan TGV telah mengumumkan yang mereka akan membuka secara menyeluruh pada 23 September ini.
Melalui artikel kali ini, kami akan senaraikan 10 filem menarik yang akan tiba di pawagam sepanjang tahun ini, kami cuba untuk hanya menyertakan filem dengan tarikh yang telah disahkan akan tetapi sentiasa ada kemungkinan yang tarikh akan diubah.
Tanpa lengahkan masa, berikut adalah __ filem menarik untuk ditonton di pawagam sepanjang tahun ini;
Bagi yang mengikuti filem-filem MCU ataupun sudah tonton Avengers: Endgame sudah semestinya mengetahui yang filem Black Widow ini adalah sesuatu yang ‘istimewa’ untuk francais ini. Ini juga adalah buat pertama kali Black Widow ataupun Natasha Romanoff mendapat filem tersendiri selepas lama menjadi bahagian penting di dalam filem Avengers ataupun filem Captain America.
Baca: Ulasan Black Widow – Kisah Silam Yang Dinanti-Nantikan
Kebiasaan permainan di taman tema adalah berdasarkan filem ataupun siri TV, namun Jungle Cruise sedikit berbeza kerana ia adalah filem berdasarkan permainan Jungle River Cruise di taman tema Disney serata dunia. Dengan gabungan Dwayne Johnson dan Emily Blunt, ia sudah semestinya satu filem yang menarik, tambahan filem susulan untuknya sudah di dalam perancangan.
Baca: Ulasan Jungle Cruise – Pengembaraan Yang Terlalu Biasa
Bagaikan menjadi satu ‘trend’ di mana apabila DC dan Warner Bros ingin memperbaiki filem yang lama mereka akan membawa pengarah yang berpengalaman di dalam filem Marvel. Apabila Zack Snyder menarik diri dari Justice League mereka membawa Joss Whedon yang merupakan pengarah untuk Avengers: Age of Ultron. Bagi The Suicide Squad pula, mereka cuba memperbaiki masalah daripada filem Suicide Squad yang dikeluarkan pada tahun 2016, dan telah mendapatkan perkhidmatan James Gunn yang pengarah untuk filem Guardians of the Galaxy.
Selepas Captain Marvel yang dikeluarkan pada tahun 2019, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings menjadi filem di mana Marvel Cinematic Universe memperkenalkan watak baharu. Ia membawa satu kesan yang besar kepada MCU secara keseluruhan bukan sahaja sebagai satu watak baharu, akan tetapi MCU juga kini mempunyai adiwira yang mewakili Asia.
Dune adalah filem berdasarkan novel berjudul sama oleh Frank Herbert, ini bukanlah filem pertama untuknya, pada tahun 1984 David Lynch telah hadir dengan filemnya sendiri akan tetapi disebabkan pelbagai masalah dan juga penceritaan yang rumit menjadikan ia satu filem yang kurang baik. Kali ini giliran Denis Villeneuve mencuba nasib, dengan filem-filem oleh beliau sebelum ini, Dune kali ini mempunyai potensi yang lebih baik.
Free Guy bukanlah filem yang adaptasi mana-mana permainan video, sebaliknya ia membawa penceritaan bagaimana jika seorang NPC di dalam satu permainan dunia terbuka mula mempunyai kesedaran diri. Dengan lakonan oleh Ryan Reynolds ia sudah semestinya satu filem yang perlu ditonton bagi yang ingin mencari filem yang ringan dan lawak.
Satu francais filem yang bertahan lama, walaupun terus menjadi sesuatu yang tidak lagi terkesan dengan hukum fizik, Fast & Furious terus menjadi filem aksi yang menarik minat ramai penonton. Fast & Furious 9 akan menjadi bahagian permulaan untuk penutup bagi francais ini, akan tetapi tidak bermakna ia akan berakhir lagi. Siri ini mungkin akan mendapat 1 atau 2 lagi filem di masa hadapan.
Berlaku tidak lama selepas filem pertama, A Quiet Place 2 akan membawa penonton kembali ke dalam dunia yang sebarang bunyi yang kuat boleh mengakibatkan kematian. Emily Blunt kembali membawa wataknya Evelyn Abbott cuba untuk memastikan keluarganya selamat daripada ancaman makhluk asing dan juga mencari manusia yang lain.
Selepas filem pertama, Don’t Breathe 2 cuba mengembangkan lagi watak Norman Nordstrom lakonan Stephen Lang, di filem pertama beliau bagaikan satu watak yang ‘jahat’ akan tetapi di dalam filem ini, Norman Nordstrom dijadikan sebagai watak utama yang cuba menjadi seorang kanak-kanak.
Eternals boleh dikatakan sekumpulan yang lebih kuat jika ingin dibandingkan dengan Avengers, oleh itu ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka tidak melibatkan diri semasa Thanos menyerang. Mereka serba sedikit menjawab mengenai perkara tersebut, tetapi persoalan mengapa mereka mula hadir sekarang juga sudah semestinya menjadi tarikan untuk filem ini, yang juga akan mempekenalkan pelbagai watak baharu untuk MCU.
Selepas 3 tahun kita diperkenalkan dengan Venom lakonan Tom Hardy, dan beberapa kali tertunda, kita akhirnya dapat menonton filem sambungan untuk Venom, dan kali ini ia akan membawa satu lagi symbiote iaitu Carnage yang berada di dalam Cletus Kasady lakonan Carnage.
No Time to Die adalah filem yang James Bond yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun lepas lagi, tetapi telah beberapa kali ditunda kerana pandemik Covid-19, oleh itu boleh dikatakan ia adalah filem yang dinanti-nantikan. Tambahan, No Time to Die juga akan menjadi filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond, adakah beliau akan berakhir dengan satu filem yang baik?
Menjadi treler paling banyak ditonton dalam masa 24 jam, kita tidak boleh sangkakan lagi yang Spider-Man: No Way Home adalah filem yang dinanti-nantikan ramai. Ia mungkin kerana ingin melihat kesan yang orang ramai mengetahui Peter Parker adalah Spider-man, dan juga premis penceritaan yang mungkin melibatkan dunia-dunia yang lain sehinggakan pelbagai ura-ura dikeluarkan.
The Matrix: Resurrections adalah filem The Matrix baharu, 18 tahun selepas filem terakhir iaitu The Matrix Revolutions. Penceritaan juga berlaku 18 tahun selepas kejadian di dalam filem yang dikeluarkan pada tahun 2003 tersebut. Keanu Reeves akan kembali sebagai Neo ataupun Thomas A. Anderson dan Carrie-Anne Moss sebagai Trinity, dan tampaknya mereka tidak lagi mengelai satu sama lain.
Sejak dikeluarkan pada tahun 2014, Kingsman telah menjadi satu siri yang diikuti ramai, oleh itu tidak mengejutkan jika filem ketiga untuknya iaitu The King’s Man juga dinanti-nantikan oleh ramai orang. Tambahan lagi, ini adalah filem yang akan menjadi prekuel kepada dua filem Kingsman sebelum ini, oleh itu agak menarik untuk mengetahui mengenai kisah silam bagi kumpulan ini.
Dengan beberapa filem sudah dikeluarkan melalui perkhidmatan penstriman, dan juga sudah ditayangkan di negara-negara lain, mungkin ada filem yang sudah anda tonton. Namun, menonton di pawagam adalah satu pengalaman yang berbeza dan sudah semestinya lebih baik.
Seperti kami nyatakan di atas, tarikh-tarikh untuk filem ini adalah berdasarkan pengumuman baharu oleh pengedar dan juga pengumuman sebelum ini, oleh itu tarikh mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Jika ada filem yang mempunyai tarikh baharu kami akan kemaskini, termasuk juga filem yang mungkin terlajak ke tahun depan.
Selain 15 filem yang kami senaraikan di atas, sudah semestinya terdapat pelbagai lagi filem-filem menarik yang lain. Jadi pastikan anda sentiasa nantikan perkongsian kami, termasuk juga ulasan. Selamat kembali ke pawagam!